Tuesday, January 18, 2011

sape nak kawin angkat tangan!

salam..hye sume..


entri kali ni pasal kawin..korg mesti suke kan?hahaha!okla..aku tepikir nak wat entri ni sbb ade sorg membe ni tetibe dy tanya aku..ko nak kawin x trah?*soklan apakah itu?*


tpi dengan relaxnye ak jawab le..nak.huhu..membe ak kate dy nak kawin tp bile pikir komitmen nye mmg kne pikir banyak kali r..tp mmg pon..banyak pekara kne amik kisah tau x.ingat senang ke nak kawin ni..x gitew uoll?hihi..tambah2 lg kalo yg x jumpe sape2 lg untuk dijadikan calon.hmm..umo da meningkat beb!tp bagi aku..rilek dlu la..blajaq pon x abis lagi dok gatai nak kawin naa...tu mak ak cakap la..keh3!


haa...ak dok search2 la pasal mende nih..ni ape yang ak dapat..ade tips2 lagi..hehehe..


check this out!


Tips mencari jodoh
Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama.
Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.
  1. Minta bantuan dari ibu bapa - teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.
  2. Hadiri aktiviti - sertai pelbagai aktiviti.dapat ramai kenalan..
  3. Minta bantuan rakan-ni bagus gak.
  4. Minta bantuan adik beradik-haa..ni best gak nih.hehehe..
  5. Chat room-tapi yang ni kurang disyorkan la..sbb rame penipu..seyes beb!nnt mende len yg jadi..
  6. Laman cari jodoh-ni kalo yang da berumo sesuai la..tp kalo umo bru 23 da msuk laman ni...x rock r camtu..cam nak kawen awl ja..hehehe
  7. Perniagaan MLM-haaa...ni lagila best..dapat kenal ramai org..byk yg bejaye..

amacam?da ade idea kat mn nak cari jodoh?haha

ni pulak bile da kawin..sume kne amik port tau..meh sini aku bg tips-tips untuk amik ati suami or isteri korg...jom bace...!


Tips mengambil hati suami
  1. sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

haha!rase lawak geligeli lak post entri camni..
sumber entri ni ak amik dr sini..banyak g sebenanye tips-tips nye..kalo nak truskan membace rajin2 la lawat kat web tu ye..daaa~

1 comment:

  1. jom la kawen ramai2...jgn lupa jemput yer!!

    ReplyDelete